Aku ni driver teksi sejak 5 tahun yang lalu. Sejak PM kata tahun lepas yang akan keluar teksi 1Malaysia yang katanya boleh beroperasi ke seluruh negara, aku teruja sangat nak menjadi antara yang terawal untuk menempah. Alhamdulillah jam 11.30 pagi 2 Ogos 2011 aku dengan bangganya menerima kunci teksi Exora ku.
Camana pun seperti biasa, di Malaysia ni apa yang di gambarkan tak seperti apa yang akan di laksanakan. Permit yang ada hanya operasi teksi budget. Ini aku ketahui apabila company start buka booking. Tapi tak apa lah, Iswara aku dah 5 tahun, penumpang pun dah pandai memilih nak wira, waja dan saga. Selalu juga bila tengah mengayuh, ada penumpang nak tahan tapi buat 1001 aksi kelakar bila mereka perasan ada teksi lebih 'best' di belakang. Jadi aku teruskan jugala niat aku nak pakai Exora ni.
Lepas isi gas, mula la merayau, tapi mungkin sebab baru kot, ramai yang takut nak tahan hingga ada sorang uncle Cina tahan dengan pertanyaan, dik harga camana?? Bila aku kata meter biasa, barula naik. Nak tekan meter, meter lak buat hal. dah macam biskut, kejap ada kejap hilang, walau akhirnya sampai destinasi tertera di meter. Pegi betulkan meter satu hal, dah ok yang tu, timbul pula masalah yang lain, tak menarikla aku malam sementara aku buat yang lain tu pulak
Haiyaaaaaaaa.......
1Malaysia
1Teksi
1Exora
Banyaaakkkkk hallllllll